Wednesday, September 29, 2010

PERKIM SABAH BANTU GERAKKAN PROGRAM DAKWAH





KOTA KINABALU : Sukarelawan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia( PERKIM) bahagian Sabah akan terus memainkan peranan serta tanggungjawabnya bagi memperkasakan lagi gerakan dakwah di negeri ini

Pengerusinya Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata usaha serta komiten ini selaras dengan pelbagai bentuk cabaran yang dihadapi oleh umat Islam dewasa ini dalam pelbagai bentuk dan aspek yang berbeza samaada dalam bentuk ekonomi,budaya sosial dan lain lain

Katanya, perkembangan ini turut menjadi faktor pendorong kepada usaha-usaha gerakan-gerakan dakwah secara bersepadu dan konsestan khususnya dalam mendekati generasi muda Islam untuk membuktikan kerelevanan Risalah Islam mendepani cabaran-cabaran tersebut

“ Kita sedar peranan ini bukan sahaja dilaksanakan oleh kerajaan melalui Jabatan dan Agensi yang berkaitan dengan Agama Islam atau hanya satu badan NGO Islam sahaja, namun semua pihak perlu bekerjasama untuk memperkasakan gerakan dakwah agar ianya lebih berkesan dan bermanafaat untuk umat Islam” katanya ketika ditemui selepas Majlis Ihya Ramadan iaitu Majlis Tahlil dan Doa Selamat di kediaman beliau di Taman Likas Jaya malam kemarin.

Hadir sama bekas Imam Besar Masjid Negeri Sabah Datuk Mokhtar Rapok.Pengarah Perjawatan Negeri Datuk Nordin Siman,Bekas Datuk Bandar Datuk Abdul Ghani Rashid,Setiausaha Sukarelawan (PERKIM Sabah) Janathan Kandok serta ahli jawatankuasa Sukarelawan (PERKIM) Sabah

Menurut Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, bagi merealisasikan hasrat murni ini, usaha-usaha untuk memperkukuhkan perwatakan kerohanian melalui gerakan dakwah akan dimantapkan melalui pelbagai pendekatan dan program yang akan dilaksanakan oleh Sukarelawan (PERKIM) Sabah.

“ Dari masa ke semasa kita akan melihat keperluan kegiatan yang sesuai selaras dengan konsep sukarela yang kita terapkan dalam gerakan dakwah yang telah dan akan dilaksanakan tanpa berniat untuk bersaing dengan mana mana NGO Islam yang lain” Tambah Lajim

No comments:

Post a Comment