Thursday, September 30, 2010

ZIARAH RAMADAN SUKARELAWAN PERKIM SABAH DI KAMPUNG BATU 60 BEAUFORT






BEAUFORT: “Sebagai seorang Mualaf yang baru memeluk agama agama Islam, saya amat terharu apabila dikunjungi oleh Pengerusi Sukarelawan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia yang juga Ahli Parlimen Beaufort bersama ahli jawatankuasa Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) bahagian Bahagian Beaufort Demikian luahan rasa Wakil Ketua Anak Negeri Muhammad Abdullah @ Jumat semasa berucap dalam majlis Ziarah Ramadhan Sukarelawan (PERKIM) Sabah bersama Ahli Jawatankuasa (USIA) Bahagian Beaufort yang diketuai oleh Pengrusinya Datuk Seri Panglima Haji Lajim Hj Ukin bersama AJK Usia Bahagian Beaufort di Kampung Batu 60 Montenior pada Ahad. Terdapat 12 orang ahli keluarga di kampung ini telah pun memeluk Islam beberapa tahun yang lalu dan Muhammad Abdullah merupakan ketua keluraga yang terakhir memeluk agam Islam bersama anak-anak dan menenatu saya sejak empat bulan lalu. “ Ini bermakna semua ahli keluarga saya telahpun memeluk agama Islam tanpa sebarang paksaan melainkan pintu hati kami telah menerima hidayah dari Allah SWT untuk memeluk agama Islam dan hidup dengan cara Islam” katanya Menceritakan pengalamannya memeluk Agama Islam Muhammad berkata sebelum ini beliau telah terlantar sakit beberapa bulan, pada suatu hari beliau mendapat hidayah melalui mimpi yang beliau akan sembuh jika memeluk agama Islam,dan setelah memikirkan semasak-masaknya beliau mengambil keputusan untuk memeluk agama Islam “Dalam satu minggu ,keuzuran saya semakin berkurangan dan akhirnya saya sembuh yang memberikan keyakinan untuk saya menjalani kehidupan sebagai seorang muslim” jelas Muhamad Sementara itu Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berucap di majlis tersebut berkata ziarah tersebut akan menjadi langkah permulaan kepada aktiviti Sukarelwan PERKIM Sabah untuk memberi perhatian dan bantuan kepada golongan saudara baru di negeri ini Katanya, sebagai saudara baru golongan ini bukan sahaja memerlukan perhatian dan bimbingan, namun kebajikan mereka perlu diambil kira oleh mana-mana NGO Islam dinegeri ini khususnya dalam memberikan bimbingan dan ajaran yang berterusan bagi mereka mengenali dan mendalami ajaran Islam yang sebenarnya. Untuk itu Lajim turut melantik Muhammad Abdullah @Jumaat menjadi ketua golongan mualaf di Kampung tersebut dimana Sukarelwan PERKIM Sabah akan menghantar seorang guru agama ke kampung ini sekurang-kurangnya 2 kali seminggu untuk mengajar pendidikan agama fardu ain dan kifayah termasuk klas-klas pengajian Al-Quran. Pada masa yang sama Sukarelwan PERKIM Sabah juga akan membina sebuah madrasah dikampong tersebut kampung ini sebagai Pusat untuk aktiviti masyarakat Islam setempat termasuklah golongan saudara baru memandangkan dikampung tersebut belum ada kemudahan beribadah Lajim menambah Sukarelwan PERKIM Sabah juga akan berusaha mendirikan sebuah Pusat Perlindungan di beberapa buah daerah di negeri ini termaasuklah daerah Beaufort khusus untuk golongan saudara baru Selepas mengadakan kunjungan di Batu 60 Lajim bersama rombongan meneruskan ziarah kerumah tiga buah keluarga Mualaf di Kampung Jempangah dan turut menyampaikan sumbangan berepa keperluan dapur dan sumbangan kewangan untuk keluarga tersebut Turut serta dalam program Ziarah ini termasuklah Pengerusi MAYANG dan Biro Latihan dan Pembangunan Sosial Puan Johair Hj Matlani,setiausaha Sulit Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sadi Nasa, Timbalan Ketua (USIA) Bahagian Beaufort Haji Bakri Kambar dan Setiausaha Umno bahagian Haji Jusih Haji Sarin

Ramadan tahun ini bermakna buat Muhammad

BEAUFORT :Ketibaan Ramadan tahun ini memberikan pengalaman baru kepada Muhammad Abdullah, 55, kerana ia memberi peluang kepadanya untuk melaksanakan ibadah puasa sejak memeluk Islam empat bulan lalu.
Mengakui ia bukan satu tugas mudah, Muhammad menambah, berkat sokongan keluarga yang turut bersama-sama memeluk Islam empat bulan lalu, ibadah tersebut berjaya disempurnakan.
''Mula-mula memang susah kerana terasa amat lama menunggu masa berbuka puasa. Badan agak letih memandangkan belum biasa berpuasa, tetapi Alhamdulillah, setakat ini saya mampu meneruskannya.
''Begitu juga dengan ahli keluarga saya. Kecuali menantu saya, ada di antara mereka yang telah lama masuk Islam," katanya kepada Utusan Malaysia semalam.
Beliau ditemui ketika menyambut rombongan ziarah Ramadan Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) dan sukarelawan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) yang diketuai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan merangkap Pengerusi USIA Bahagian Beaufort, Datuk Lajim Ukin.
Muhammad yang berasal dari Kampung Batu 60 Montenior di sini berkata, seramai 12 ahli keluarga di kampung berkenaan telah memeluk Islam.
Katanya, ahli keluarganya memeluk Islam tanpa sebarang paksaan.
''Pintu hati kami telah menerima hidayah dari Allah SWT untuk memeluk Islam dan hidup dengan cara Islam," ujarnya.
Menceritakan pengalaman memeluk Islam, Muhammad berkata, ia bermula ketika beliau terlantar sakit beberapa bulan.
Bagaimanapun, katanya, suatu hari beliau mendapat hidayah melalui mimpi yang beliau akan sembuh jika memeluk Islam.
Setelah memikirkan perkara itu semasak-masaknya, dia mengambil keputusan untuk memeluk Islam.
''Dalam masa seminggu, keuzuran saya semakin berkurangan dan akhirnya saya sembuh. Ini sekali gus memberikan keyakinan untuk saya menjalani kehidupan sebagai seorang Muslim," katanya.
Muhammad berkata, selama memeluk Islam beliau sekeluarga dibantu oleh sukarelawan Perkim dan USIA mendalami ajaran Islam sebenar.
''Sebagai seorang mualaf yang baru memeluk Islam, saya amat terharu apabila pihak Perkim dan USIA sentiasa membantu kami, termasuk menziarahi keluarga kami baru-baru ini," ujarnya.

Wednesday, September 29, 2010

PERKIM SABAH BANTU GERAKKAN PROGRAM DAKWAH





KOTA KINABALU : Sukarelawan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia( PERKIM) bahagian Sabah akan terus memainkan peranan serta tanggungjawabnya bagi memperkasakan lagi gerakan dakwah di negeri ini

Pengerusinya Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata usaha serta komiten ini selaras dengan pelbagai bentuk cabaran yang dihadapi oleh umat Islam dewasa ini dalam pelbagai bentuk dan aspek yang berbeza samaada dalam bentuk ekonomi,budaya sosial dan lain lain

Katanya, perkembangan ini turut menjadi faktor pendorong kepada usaha-usaha gerakan-gerakan dakwah secara bersepadu dan konsestan khususnya dalam mendekati generasi muda Islam untuk membuktikan kerelevanan Risalah Islam mendepani cabaran-cabaran tersebut

“ Kita sedar peranan ini bukan sahaja dilaksanakan oleh kerajaan melalui Jabatan dan Agensi yang berkaitan dengan Agama Islam atau hanya satu badan NGO Islam sahaja, namun semua pihak perlu bekerjasama untuk memperkasakan gerakan dakwah agar ianya lebih berkesan dan bermanafaat untuk umat Islam” katanya ketika ditemui selepas Majlis Ihya Ramadan iaitu Majlis Tahlil dan Doa Selamat di kediaman beliau di Taman Likas Jaya malam kemarin.

Hadir sama bekas Imam Besar Masjid Negeri Sabah Datuk Mokhtar Rapok.Pengarah Perjawatan Negeri Datuk Nordin Siman,Bekas Datuk Bandar Datuk Abdul Ghani Rashid,Setiausaha Sukarelawan (PERKIM Sabah) Janathan Kandok serta ahli jawatankuasa Sukarelawan (PERKIM) Sabah

Menurut Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, bagi merealisasikan hasrat murni ini, usaha-usaha untuk memperkukuhkan perwatakan kerohanian melalui gerakan dakwah akan dimantapkan melalui pelbagai pendekatan dan program yang akan dilaksanakan oleh Sukarelawan (PERKIM) Sabah.

“ Dari masa ke semasa kita akan melihat keperluan kegiatan yang sesuai selaras dengan konsep sukarela yang kita terapkan dalam gerakan dakwah yang telah dan akan dilaksanakan tanpa berniat untuk bersaing dengan mana mana NGO Islam yang lain” Tambah Lajim

Bersatu laksana program dakwah





KOTA KINABALU:Semua agensi dakwah termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di negeri ini perlu mengetepikan kepentingan peribadi dalam melaksanakan program dakwah.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Lajim Ukin berkata, semua agensi terbabit tidak harus berasa iri hati atau memandang serong mana-mana agensi yang berjaya melaksanakan program dakwah.
"Apabila ada usaha dari mana-mana badan termasuk NGO Islam lain melaksanakan program dakwah yang selari dengan ajaran Islam dan tidak bertentangan dengan undang-undang negara kita perlu menghargai dan menyokongnya.
"Jadi kita tidak perlu gusar dan bimbang jika berlaku persaingan yang sihat antara NGO Islam di negeri ini dalam melaksanakan program dakwah kerana apa yang kita fokuskan adalah program dakwah untuk masyarakat Islam bukannya untuk kepentingan peribadi," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian mesyuarat agung Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Bahagian Beaufort di sini semalam.
Turut hadir Ahli Majlis Tertinggi USIA, Sadih Nasah dan Naib Ketua USIA Bahagian Beaufort, Abdul Ghafar Rijim.
Menurut Lajim, semua pihak termasuk NGO perlu meningkatkan kerjasama bagi memperkasakan gerakan dakwah di negeri ini yang semakin mencabar.
"Keperluan gerakan dakwah di Sabah pada masa ini amat mendesak dan NGO Islam perlu terus berkongsi kepakaran masing-masing memandangkan setiap NGO ada kelebihan tersendiri.
"Melalui kerjasama yang dijalankan ia saling lengkap melengkapi antara satu sama lain kerana sesuai dengan sifat berdakwah iaitu saling bekerjasama," katanya.
Sementara itu, beliau berkata, USIA perlu terus menggiatkan usaha dakwah secara menyeluruh dan berterusan di negeri ini.
Tambahnya, selain itu USIA juga perlu mencari pelbagai pendekatan baru bagi memastikan setiap program dakwah yang dijalankan berjaya mencapai matlamat.

Dakwah bilhal Sukarelawan Perkim Sabah






RANAU: Sistem Pesanan Ringkas (SMS) yang dihantar oleh seorang pemimpin Saudara Baru dari kampung Labau Timbua Ranau yang ditujukan kepada Junaidi Sahaat salah seorang pemimpin sukarelawan Pertubuhan Islam Malaysia (PERKIM) cawangan Ranau yang meminta bantuan agar masalah hampir 200 orang masyarakat Islam terdiri dari “Saudara Baru ” di kampung tersebut dapat dibantu dari segi keperluan asas mereka melaksanakan ibadah, mendorong serombongan sukarelawan (PERKIM) bahagian Sabah untuk berkunjung ke kampung tersebut baru-baru ini.

Walaupun terpaksa melalui jalan berbatu dan berbukit bukau dalam jarak perjalanan yang memakan masa lebih satu jam ke kampung tersebut dari Pekan Ranau rombongan Sukarelawan (PERKIM) Sabah yang diketuai oleh Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin, bersama timbalannya Datuk Syed Abbas Ali, Setiausaha Janathan Kandok serta beberapa orang ahli jawatankuasa yang lain tetap bersemangat meneruskan perjalanan dengan nawaitu ingin melihat dan membantu masalah yang dihadapi oleh masyarakat Islam di kampung tersebut ,sebagaimana yang tercatat dalam (SMS) yang diterima sebelum ini.

Walaupun terpaksa berpanas menunggu di dalam Balai Raya yang agak sempit, namun kesabaran dan keriangan jelas terpancar pada wajah saudara baru yang menunggu ketibaan rombongan sukrelawan PERKIM ke kampong tersebut , yang dapat ditafsirkan sebagai satu penantian yang penuh dengan seribu harapan.

Mukadimah ucapan Pengerusi Penganjur Sutail Roslee Abdullah yang cukup bersemangat dan menghargai kunjungan sukarelawan PERKIM Sabah ke kampung tersebut dengan paparan beberapa masalah yang menjurus kepada kepentingan masyarakat Islam yang terdiri dari saudara baru terutamanya ketiadaan kemudahaan surau bagi mereka mengerjakan ibadah sembahyang berjemaah,kekurangan guru agama merupakan antara masalah yang dihadapi oleh masyarakat Islam di kampung tersebut yang merasakan mereka agak terpinggir dan jauh ketinggalan untuk menikmati kemudahan yang diharap-harapkan sebagaimana yang dinikmati oleh masyarakat Islam di lain-lain tempat.

Sesuai dengan matlamat kunjungan sukarelawan PERKIM Sabah ke kampung tersebut bukan sahaja untuk mengeratkan hubungan silatulrahim dan melaksanakan dakwah bilhal iaitu dakwah, namun ruang ada telah digunakan untuk meluahkan segala rintihan dan masalah yang mendapat perhatian Lajim bersama rombongan yang menghabiskan masa lebih dari 2 jam bersama masyarakat di kampung tersebut.

Ketika berucap di majlis tersebut Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam dan masyarakat Islam perlu berganding bahu dalam memperkasakan gerakan dakwah di negeri ini khususnya membantu memantapkan akidah golongan saudara baru

Katanya NGO Islam dan masyarakat Islam sendiri tidak sewajarnya menganggap kerja-kerja dakwah dan pemantapan akidah adalah tanggungjawab jabatan atau agnesi kerajaan yang bertanggungjawab terhadap agama Islam sahaja atau disandarkan kepada satu badan NGO Islam sahaja sebaliknya ia perlu dipikul dan dilaksanakan secara bersama agar manafaatnya lebih menyeluruh dan memberikan impak kepada umat Islam.

Tegas beliau, tanggapan sedemikian menyebabkan ada individu dan NGO Islam tidak langsung mengambil tahu kehidupan dan cabaran yang dihadapi saudara baru.

Sehubungan dengan itu katanya cadangan membawa PERKIM mengembangkan sayapnya ke Sabah bukan berniat untuk bersaing dengan mana-mana badan NGO Islam yang sediaada di negeri ini, sebaliknya ia bertujuan untuk bersama-sama memantapkan dan memperkasakan gerakan dakwah Islam di Sabah agar manafaatnya dapat diterima oleh masyarakat Islam termasuklah saudara baru di negeri ini.

Beliau juga menolak tanggapan kemasukan PERKIM ke Sabah akan mencetuskan perbelahan dan boleh memecah belahkan masyarakat Islam di negeri ini, namun hakikatnya adalah untuk memperkasakan gerakan dakwah sesuai dengan keadaan geografi negeri ini yang berjauhan yang sudah gerakan dakwah tidak mampu dilakukan oleh satu badan NGO Islam sahaja.

“ Inilah matlamat sebenarnya hasrat PERKIM untuk mengembangkan sayapnya Ke Sabah yang perlu difahamai oleh masyarakat Islam bukanya bertujuan untuk bersaing atau untuk kepentingan peribadi dan politik” jelasnya.

Menurut beliau perpepsi negitif ini seharusnya tidak timbul kerana dalam Islam telah menggariskan bahawa tugas mengajak manusia membuat kebaikan dan meninggalkan maksiat melibatkan setiap individu Muslim.

“ Ini bertepatan dengan firman Allah yang bermaksud: Dan hendaklah ada di antara kamu satu golongan yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan dan menyuruh berbuat segala kebajikan dan melarang melakukan perkara yang keji. Dan mereka yang demikian itu adalah orang yang berjaya. (ali-Imran: 104)” tegas Lajim

Sehubungan dengan itu Lajim berkata Sukarelawan PERKIM akan terus memainkan peranannya memperkasakan gerakan dakwah di negeri ini disamping turut memberikan perhatian terhadap kebajikan masyarakat Islam termasuklah saudara baru di negeri ini.

“ Sukarelawan PERKIM Sabah ,kan terus melaksanakan beberapa program -program dakwah dan kebajikan untuk kepentingan masyarakat Islam di negeri ini,meskipun berhadapan dengan pelbagai cabaran dan andaian yang bersifat negative namun natijahnya kita bergerak untuk memperkasakan gerakan dakwah yang lebih efektif dan berkesan” tambah Lajim.

Ternyatanya kunjungan Sukarelawan PERKIM Sabah ke kampong Labau Timbua turut memberikan perkhbaran gembira buat masyarakat Islam dan penduduk setempat di kampong ini apabila Lajim turut mengumumkan kelulusan sebanyak RM200,000.00 bagi membina sebuah surau di kampong tersebut, turut diberikan peruntukan ialah pembinaan sebuah balairaya baru yang menelan belanja RM80,000,00 disamping sebuah rumah guru agama juga akan dibena hasil sumbangan seorang dermawan dari Sukarelawan PERKIM Sabah.

Di majlis itu juga Lajim turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada 20 orang saudara baru yang kurang berkemampuan dan turut mengumumkan penghormatan kepada kampong tersebut sebagai kampong angkat dimana inilah buat pertama kali sukarelawan PERKIM Sabah menganjurkan program tersebut.

SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT PERKIM SABAH

Bagi mendapatkan maklumat kegiatan PERKIM Sabah Layari Blogspot ini