Sunday, October 3, 2010

PERKIM SABAH WAJUDKAN PANGKALAN DATA UNTUK SAUDARA BARU

 Pengerusi Perhubungan PERKIM Sabah Datuk Seri Panglima Haji Lajim  Haji Ukin ketika berucap di majlis tersebut
 Saudara baru yang hadir ke majlis tersebut

 Timbalan Pengerusi  Perhubungan PERKIM Sabah yang juga Yang Dipertua (MUIS) Datuk Syed Abas Syed Ali turut menyampaikan sumbangan kepada saudara baru di majlis tersebut

LAJIM (dua dari kiri), Syed Abbas (kiri) dan Awadnir (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada golongan mualaf di kampung Tengkurus Abadi, Kota Belud.
KOTA BELUD: Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Sabah akan mewujudkan pangkalan data mualaf untuk memudahkan penyaluran bantuan kebajikan, bimbingan agama dan meningkatkan kefahaman golongan itu terhadap ajaran Islam.
   Pengerusi Perhubungannya, Datuk Lajim Ukin, berkata pihaknya akan menumpukan program membantu golongan terbabit yang majoritinya miskin tegar dan lemah pengetahuan agama yang terdedah kepada ajaran agama asal sekiranya tidak mendapat bimbingan sempurna dan ketiadaan program untuk meningkatkan ekonomi mereka.
   Katanya, mereka juga tidak memiliki kemudahan asas untuk menunaikan ibadah seperti masjid dan surau serta tidak berpeluang mengikuti kelas pendidikan agama walaupun sudah lama memeluk Islam.
    "Golongan terbabit tidak boleh dibiarkan begitu sahaja tanpa sebarang bimbingan, pendidikan dan juga pendekatan bersepadu untuk terus kekal dalam Islam sehingga menghembuskan nafas terakhir," katanya kepada media selepas mengetuai program ziarah Ramadan PERKIM Sabah di Kampung Tengkurus Abadi, di sini kelmarin.
    Hadir sama, Timbalan Pengerusi Perhubungan PERKIM Sabah yang juga Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Datuk Syed Abbas Syed Ali, Penolong Pegawai Daerah Kota Belud, Hamdan Sarudin, Imam Daerah Kota Belud, Madli Mansur dan Pengerusi PERKIM cawangan Kota Belud, Awadnir Matanggal.
    Pada majlis itu, Awadnir turut menyerahkan geran tanah yang diwakafkan menerusi Yayasan Awadnir untuk dibangunkan sebagai pusat perkembangan Islam PERKIM di beberapa kampung mualaf di sini meliputi pembinaan masjid, surau dan kelas pendidikan agama.
    Seramai 80 mualaf di Kampung Tengkurus dan sekitarnya turut menerima duit raya dan sejadah sumbangan Lajim dan Syed Abas.
   Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan turut mengajak umat Islam di negeri ini yang belum mendaftar dengan pertubuhan sukarela berasas Islam supaya menyertai PERKIM Sabah untuk membantu menggerakkan aktiviti keagamaan terutama gerakan dakwah Islamiah untuk saudara baru.
    Katanya, PERKIM yang melebarkan sayap ke Sabah sejak awal tahun ini akan menggiatkan aktiviti kebajikan dan dakwah Islamiah mulai tahun depan.
   Dalam pada itu, Lajim berkata, PERKIM Sabah merancang untuk mewujudkan sebuah  pusat perlindungan khusus untuk ibu tunggal, anak yatim dan remaja bermasalah di negeri ini.
   “Pusat itu penting kerana ramai remaja terbabit gejala sosial manakala ibu tunggal dan anak yatim terbiar terumbang ambing tanpa  usaha untuk melindungi dan memberi bimbingan kepada mereka untuk meneruskan kehidupan yang lebih baik dan sempurna.
    "PERKIM Sabah turut memberi perhatian dalam bidang pendidikan khususnya agama dengan matlamat sekurang-kurangnya mulai tahun depan dua taman didikan kanak-kanak PERKIM diwujudkan di negeri ini sebagai projek perintis bagi memberikan pendidikan awal terhadap kanak-kanak.
   "Kita juga berterima kasih kepada Awadnir yang mewakafkan beberapa lot tanahnya menerusi Yayasan Awadnir untuk dibangunkan sebagai pusat perkembangan Islam PERKIM di beberapa kampung mualaf di sini meliputi pembinaan masjid, surau dan kelas pendidikan agama," katanya.

LEBIH 500 MUALAF KEMBALI KE AGAMA ASAL

LAJIM (tengah) menerima plan tanah yang diwakafkan oleh Awadnir (kanan) untuk dibangunkan oleh PERKIM Sabah sambil diperhatikan Syed Abbas (dua dari kiri) dan Madli (dua dari kanan) di Kampung Tengkurus Abadi, Kota Belud.

 Antara saudara baru yang hadir ke majlis tersebut
KOTA BELUD: Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) daerah mengesan lebih 500 mualaf di daerah ini kembali menganut agama asal dengan sebahagian besarnya akibat tiada bimbingan agama, masalah ekonomi dan keruntuhan rumah tangga.
    Pengerusinya, Awadnir Matanggal berkata ada antara saudara baru terbabit sudah menunaikan fardu Haji dan memeluk Islam lebih 20 tahun sebelum kembali kepada agama asal.
    Katanya, pihaknya turut mengesan kegagalan pendakwah sukarela, Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA), Jabatan Hal-Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan Jabatan Kemajuan Islam  Malaysia (JAKIM) mengesan lokasi golongan terbabit menyebabkan mereka terdedah kepada pengaruh agama asal termasuk Pagan.
   Beliau berkata, penempatan berselerak golongan terbabit iaitu dua hingga lima orang dalam satu kampung menyukarkan pihak berkuasa agama atau penderma mendirikan surau atau Kelas Al-Quran Dan Fardu Ain ( KAFA ).
   "Ada beberapa kampung yang didiami satu atau dua keluarga saudara baru yang gagal dikesan antaranya Kampung Kondis, Nahaba, Toburan, Dudar dan Sayap yang terlepas pandang daripada dakwah Islamiah sehingga mendedahkan mereka kembali kepada ajaran agama asal.
   "Sebab itulah PERKIM daerah bercadang menubuhkan zon saudara baru mengikut kampung bagi memudahkan bimbingan agama, memantau perkembangan dan bantuan kebajikan," katanya kepada Berita Harian, di sini, semalam.
   Awadnir turut mendedahkan pihaknya pernah menyediakan tapak untuk sebuah surau di sebuah kampung yang dirahsiakan, namun ditentang oleh penduduk kampung terbabit dengan alasan tidak ramai keluarga Islam di situ.
   Bagaimanapun, beliau bangga kerana saudara baru di Kampung Bangkahak Nayasan bersatu mendirikan surau yang sekali gus menjadi pusat pembelajaran agama, selain seorang penduduk Kampung Nahaba, Yuhanis Sintak, 34, menjadikan rumahnya pusat kegiatan agama.
  "Kita akan bergerak proaktif menyebarkan dakwah Islamiah di kawasan yang terdedah kepada saudara baru kembali menganut agama asal termasuk menghantar pendakwah bebas ke situ.
   "Kemiskinan adalah antara faktor utama saudara baru murtad kerana majoriti mereka golongan miskin tegar yang perlu dibantu oleh JHEAINS, JAKIM, USIA dan Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS).
   "Kita juga meminta orang Islam yang berkahwin dengan saudara baru supaya mendidik isteri atau suami dan anak mereka dengan ajaran agama sempurna dan jangan bercerai sewenang-wenangnya kerana ia mendedahkan kepada murtad," katanya.
    Sementara itu, Presiden Pertubuhan Kebajikan Saudara Kita Sabah (SAHABAT), Abu Bakar Ongkosing, berharap PBNS membantu menaja saudara baru terutama di kampung minoriti Islam yang terdedah kepada murtad untuk melanjutkan pengajian ke universiti tempatan dan Mesir.
   Katanya, ini bagi membolehkan mereka kembali ke kampung halaman untuk berdakwah yang sekali gus mengurangkan risiko mualaf kembali ke agama asal mereka.
   "Golongan terbabit juga boleh bertindak membimbing saudara baru yang bercerai kerana mereka ini terdedah kepada gejala murtad yang dikesan berlaku di beberapa daerah seperti Kudat, Kota Marudu, Kota Belud, Tuaran dan Ranau," katanya.
  

Saturday, October 2, 2010

PERUTUSAN HARIRAYA AIDILFITRI 2010 PENGERUSI PERKIM SABAH

 Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin Pengerusi Perhubungan PERKIM Sabah

 

 

KOTA KINABALU: Umat Islam di Malaysia patut bersyukur kerana pada keseluruhannya kerana dapat merayahkan sambutan hari raya aaidil fitri dalam susana yang aman dan penuh harmoni tanpa sebarang masalah besar yang sering dihadapi oleh orang orang Islam dan Negara Islam yang lain.

Pengerusi Perhubungan Sukarelawan... Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Sabah Datuk Seri Panglima Haji Lajim haji Ukin (gambar) berkata berkat eknomi yang kukuh politik yang stabil,serta tahap perpaduan yang kukuh, umat Islam di Negara ini dikurniakan pelbagai nikmat dan rezeki yang dikunriakan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala yang seharusnya meletakkan Umat Islam di Negara ini sentiasa menghargai segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT ini.

Katanya Umat Islam perlu merebut peluang perayaan ini bagi mengeratkan lagi tali persaudaraan, persahabatan dan jalinan muhibah terutamanya di kalangan kaum keluarga, sahabat dan masyarakat tanpa mengira kaum.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata demikian dalam perutusan sempana sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dirayahkan oleh Umat Islam hari ini


Menurut Lajim Penerapan nilai-nila perpaduan dalam konsep perkongsian perayaan di Negara ini akan membentuk satu dasar atau asas yang kukuh tehadap permuafakatan dan perpaduan dan seterusnya menjadi acuan kepada bangsa yang bersatu padu dan cemerlang.

“ Ini selari dengan Gagasan 1 Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd.Najib Tun Abdul Razak yang melihat kepentingan perpaduan kaum merupakan eleman utama yang menentukan kejayaan Negara menjadi sebuah Negara bangsa yang maju dan terus membangun” katanya

Sambil mengucapkan selamat hari Raya Aidil Fitri kepada Umat Islam di Negara ini, Lajim yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno berharap sempana sambutan hari raya aidilfitri rakyat akan mengambil peluang untuk kunjungi mengunjungi antara sama sama lain dan bersama meningkatkan kepupayaan untuk menjalin hubungan dan keharmonian antara kaum kerana ia akan member banyak manfaat termasuk keamanan yang menjamin kesejahteraan dan kebahagian hidup rakyat di Negara yang bertuah ini