Wednesday, September 29, 2010

Dakwah bilhal Sukarelawan Perkim Sabah






RANAU: Sistem Pesanan Ringkas (SMS) yang dihantar oleh seorang pemimpin Saudara Baru dari kampung Labau Timbua Ranau yang ditujukan kepada Junaidi Sahaat salah seorang pemimpin sukarelawan Pertubuhan Islam Malaysia (PERKIM) cawangan Ranau yang meminta bantuan agar masalah hampir 200 orang masyarakat Islam terdiri dari “Saudara Baru ” di kampung tersebut dapat dibantu dari segi keperluan asas mereka melaksanakan ibadah, mendorong serombongan sukarelawan (PERKIM) bahagian Sabah untuk berkunjung ke kampung tersebut baru-baru ini.

Walaupun terpaksa melalui jalan berbatu dan berbukit bukau dalam jarak perjalanan yang memakan masa lebih satu jam ke kampung tersebut dari Pekan Ranau rombongan Sukarelawan (PERKIM) Sabah yang diketuai oleh Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin, bersama timbalannya Datuk Syed Abbas Ali, Setiausaha Janathan Kandok serta beberapa orang ahli jawatankuasa yang lain tetap bersemangat meneruskan perjalanan dengan nawaitu ingin melihat dan membantu masalah yang dihadapi oleh masyarakat Islam di kampung tersebut ,sebagaimana yang tercatat dalam (SMS) yang diterima sebelum ini.

Walaupun terpaksa berpanas menunggu di dalam Balai Raya yang agak sempit, namun kesabaran dan keriangan jelas terpancar pada wajah saudara baru yang menunggu ketibaan rombongan sukrelawan PERKIM ke kampong tersebut , yang dapat ditafsirkan sebagai satu penantian yang penuh dengan seribu harapan.

Mukadimah ucapan Pengerusi Penganjur Sutail Roslee Abdullah yang cukup bersemangat dan menghargai kunjungan sukarelawan PERKIM Sabah ke kampung tersebut dengan paparan beberapa masalah yang menjurus kepada kepentingan masyarakat Islam yang terdiri dari saudara baru terutamanya ketiadaan kemudahaan surau bagi mereka mengerjakan ibadah sembahyang berjemaah,kekurangan guru agama merupakan antara masalah yang dihadapi oleh masyarakat Islam di kampung tersebut yang merasakan mereka agak terpinggir dan jauh ketinggalan untuk menikmati kemudahan yang diharap-harapkan sebagaimana yang dinikmati oleh masyarakat Islam di lain-lain tempat.

Sesuai dengan matlamat kunjungan sukarelawan PERKIM Sabah ke kampung tersebut bukan sahaja untuk mengeratkan hubungan silatulrahim dan melaksanakan dakwah bilhal iaitu dakwah, namun ruang ada telah digunakan untuk meluahkan segala rintihan dan masalah yang mendapat perhatian Lajim bersama rombongan yang menghabiskan masa lebih dari 2 jam bersama masyarakat di kampung tersebut.

Ketika berucap di majlis tersebut Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam dan masyarakat Islam perlu berganding bahu dalam memperkasakan gerakan dakwah di negeri ini khususnya membantu memantapkan akidah golongan saudara baru

Katanya NGO Islam dan masyarakat Islam sendiri tidak sewajarnya menganggap kerja-kerja dakwah dan pemantapan akidah adalah tanggungjawab jabatan atau agnesi kerajaan yang bertanggungjawab terhadap agama Islam sahaja atau disandarkan kepada satu badan NGO Islam sahaja sebaliknya ia perlu dipikul dan dilaksanakan secara bersama agar manafaatnya lebih menyeluruh dan memberikan impak kepada umat Islam.

Tegas beliau, tanggapan sedemikian menyebabkan ada individu dan NGO Islam tidak langsung mengambil tahu kehidupan dan cabaran yang dihadapi saudara baru.

Sehubungan dengan itu katanya cadangan membawa PERKIM mengembangkan sayapnya ke Sabah bukan berniat untuk bersaing dengan mana-mana badan NGO Islam yang sediaada di negeri ini, sebaliknya ia bertujuan untuk bersama-sama memantapkan dan memperkasakan gerakan dakwah Islam di Sabah agar manafaatnya dapat diterima oleh masyarakat Islam termasuklah saudara baru di negeri ini.

Beliau juga menolak tanggapan kemasukan PERKIM ke Sabah akan mencetuskan perbelahan dan boleh memecah belahkan masyarakat Islam di negeri ini, namun hakikatnya adalah untuk memperkasakan gerakan dakwah sesuai dengan keadaan geografi negeri ini yang berjauhan yang sudah gerakan dakwah tidak mampu dilakukan oleh satu badan NGO Islam sahaja.

“ Inilah matlamat sebenarnya hasrat PERKIM untuk mengembangkan sayapnya Ke Sabah yang perlu difahamai oleh masyarakat Islam bukanya bertujuan untuk bersaing atau untuk kepentingan peribadi dan politik” jelasnya.

Menurut beliau perpepsi negitif ini seharusnya tidak timbul kerana dalam Islam telah menggariskan bahawa tugas mengajak manusia membuat kebaikan dan meninggalkan maksiat melibatkan setiap individu Muslim.

“ Ini bertepatan dengan firman Allah yang bermaksud: Dan hendaklah ada di antara kamu satu golongan yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan dan menyuruh berbuat segala kebajikan dan melarang melakukan perkara yang keji. Dan mereka yang demikian itu adalah orang yang berjaya. (ali-Imran: 104)” tegas Lajim

Sehubungan dengan itu Lajim berkata Sukarelawan PERKIM akan terus memainkan peranannya memperkasakan gerakan dakwah di negeri ini disamping turut memberikan perhatian terhadap kebajikan masyarakat Islam termasuklah saudara baru di negeri ini.

“ Sukarelawan PERKIM Sabah ,kan terus melaksanakan beberapa program -program dakwah dan kebajikan untuk kepentingan masyarakat Islam di negeri ini,meskipun berhadapan dengan pelbagai cabaran dan andaian yang bersifat negative namun natijahnya kita bergerak untuk memperkasakan gerakan dakwah yang lebih efektif dan berkesan” tambah Lajim.

Ternyatanya kunjungan Sukarelawan PERKIM Sabah ke kampong Labau Timbua turut memberikan perkhbaran gembira buat masyarakat Islam dan penduduk setempat di kampong ini apabila Lajim turut mengumumkan kelulusan sebanyak RM200,000.00 bagi membina sebuah surau di kampong tersebut, turut diberikan peruntukan ialah pembinaan sebuah balairaya baru yang menelan belanja RM80,000,00 disamping sebuah rumah guru agama juga akan dibena hasil sumbangan seorang dermawan dari Sukarelawan PERKIM Sabah.

Di majlis itu juga Lajim turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada 20 orang saudara baru yang kurang berkemampuan dan turut mengumumkan penghormatan kepada kampong tersebut sebagai kampong angkat dimana inilah buat pertama kali sukarelawan PERKIM Sabah menganjurkan program tersebut.

No comments:

Post a Comment